Gangguan perkhidmatan Blackberry merebak ke AS

NEW YORK, Amerika Syarikat (AS) - Pengguna BlackBerry di seluruh dunia kelmarin berang berikutan gangguan e-mel, perkhidmatan mesej serta Internet melibatkan telefon pintar berkenaan tersebar ke AS dan Kanada selepas memasuki hari ketiga di rantau Eropah, Asia, Amerika Latin dan Afrika.
Gangguan perkhidmatan Blackberry kali ini adalah yang terbesar dalam tempoh beberapa tahun.
Perkembangan itu berlaku menjelang pelancaran model telefon pintar iPhone baharu keluaran Apple, iPhone 4S hari ini.

Pengeluar Blackberry, Research In Motion Ltd (RIM) menyatakan, satu sambungan penting dalam prasarananya di Eropah mengalami kegagalan pada Isnin lalu dengan sambungan bantuan turut tidak berfungsi.

Gangguan teknikal tersebut bagaimanapun telah dibaiki. Menurut kenyataan RIM lagi, masih terdapat lambakan mesej dan e-mel dalam sistem datanya yang belum dapat diselesaikan.
Lambakan e-mel dan mesej itu beransur berkurangan setakat tengah hari semalam.
Dalam suku kewangan terbaharu tahun ini, RIM telah menjual sebanyak 10.6 juta Blackberry, susut daripada 12.1 juta unit dalam suku kewangan sama tahun lalu. -AP

Microsoft tawar Windows Phone kepada pengguna Blackberry yang kecewa

Buat masa sekarang ini syarikat RIM yang merupakan pengeluar Blackberry sedang menghadapi banyak masalah-masalah kritikal berkaitan dengan sistem BES Emel dan servis BIS mereka., maknanya tiada  fungsi BBM/Emel/Web Browser untuk pengguna BB ini Masalah yang mereka hadapai ini terlalu berat sehinggakan mereka terpaksa membuat sidang akhbar untuk membuat penjelasan kepada umum.



Yang menariknya, tatkala RIM sedang kelam-kabut dengan masalah mereka ini, pihak Microsoft pula mengambil kesempatan dengan membuat tawaran sebanyak 25 buah Windows Phone kepada mana-mana pengguna Blackberry yang dapat mencipta alasan kenapa mereka berasa tidak puas hati kepada syarikat dan  semua jenis telefon Blackberry ini.

Tindakan Microsoft ni memang bijak juga, cuma 25 buah Windows Phones tu rasanya macam tak cukuplah, patutnya tawarkanlah 2500 buah! 
 
so yg mana satu korang pilih? windows phone ke? blackberry atau android?
 
JANGAN MENILAI ORANG ITU DARI LUARAN

"don't judge a book by its cover"

http://www.zamstylo.tk/ itsnetwork.tk

Blogger Templates by Blog Forum